Saturday, August 4, 2012

Bila wanita meminati lelaki~


Bila hati sudah terpaut..tp yg merasa hanya sebelah pihak... lelaki nie mmg susah nk faham or saje buat2 xfaham??? aku pn confius.. 



1)”Dia Tidak Senang Duduk”
Sesetengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan seterusnya. Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha mampu membuahkan hasil kerana ‘pintu’nya telah terbuka untuk anda. Tapi kadang2 lelaki nie "buta" or lambat btl nk faham sign2 yg perempuan bg..aisshhh...kena byk belajar nie wahai kaum lelaki

2) “Tunjuk Minat”
Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal tidak munasabah, dia masih memberi komen membina. Setiap isu yang anda timbulkan mendapat sokongan daripadanya. Sama ada anda memang pandai berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda. Lebih jelas lagi jika dia memainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali berbicara. Hahahaaa....yg nie lawak yg xlawak pn kadang2 aku gelak..np ekk? oohh hati.. hanya hati yang memahami...


3) “Anda Diperkenalkan Kepada Rakannya”
Bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya: ‘Ini aku punya’, dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda. Jadi pastikan anda turut mengambil hati rakan-rakannya, namun jangan sampai dia cemburu. Yuppsss...dia akan masuk dikalangan kwn2 kita...tp bila kehadiran kita dirahsiakan dari kawan Si Dia... mungkin ada maksud lain...cepatlah sedar wahai hati....

4) “Dia Men’jual’ Dirinya”
Jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung dia ingin membuatkan anda terasa yang dirinya berbaloi untuk dimiliki. Berbaloi ke??? klu hati bkn utk dirimu bagilah berbekas2 mkn yg dimasak sendiri or kek yg dibakar sendiri tetap xde kesan... beri pada yg berhak ye hati...

5) “Bersikap Terbuka”
Biasanya wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang peribadinya. Hanya jika dia betul-betul berminat dan percayakan anda barulah segalanya akan diceritakan. Bila dh selesa...mulut nie ringan je berkongsi cerita2 peribadi...mungkin sbb hati dh suka...


6) “Membayangi Anda”
Bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, tetapi menjadi seperti bayang-bayang anda. Ke mana sahaja anda pergi, pasti dia akan mengikuti anda. Dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan anda walaupun tiada kena mengena dengan dirinya. Suka mengekor mana2 je...bukan control tp mmg suka berjalan.. hati nie pg mana pn okay asalkan ada "driver"

7) “Anda Diajak Ke Tempat Lain…”
Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi bersama anda. Mungkin untuk berkenalan dengan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaanya terhadap anda. Kata-kata manis dan bicara anda bukan lagi soal utama baginya. Anda menjadi pilihan utama sebagai teman lelaki baginya. Yeke??? apa pn alasannya Si Dia telah bertahta di hati.... oohhh hati betul ke pilihan yg dibuat nie???


Cik Zana - beruntung seorang lelaki jika wanita itu benar2 jatuh cinta...kerana seluruh hati wanita itu hanyalah untuk lelaki yg dicintai.....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...