Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

Mencuba !

25 June 2013 10.31pm


Dulu....
u ajar i... kongsi apa yg i rasa.. jgn simpan dalam hati jgn simpan sorg2... belajar utk bercerita luahkan apa yang terbuku kat hati..
bila i bercerita...kadang2 u jadi x memahami... sekarang i tahu bukan semua i boleh cerita kat u
simpan yang selebihnya dihati
tp mulut nie pulak xpenah berfikir apa yg nk dikongsi... laju je menutur apa yang tak sepatutnya
bila tersedar...Ooohhhh dah terlambat...
tp sungguh....klu boleh i nk share apa saje
cuma makin lama u makin tak memahami
kenapa ye?
sbb u tahu i sayang u kan
sbb u tahu kat mana tempat u dlm hati i
tapi tue bukan alasan utk menyakitkan i
bukan alasan utk berkata begitu
u tahu tak... kata-kata u kadang2 menyakitkan i
u sedar x? sakit !

Insyaallah....selagi i boleh...selagi rasa itu ada...i akan cuba genggam
tapi bila i kata cukup...sampai masa utk i lepas kan u...
bukan bermaksud sayang tue dh xde
tp cuba memberi ruang utk hati i mencari kebahagiaan...


Cik zana - masih cuba mengenggam...meminta pada yang xsudi



Friday, June 14, 2013

Chubby is sexy!

14 June 2013 4.17pm


okay aku ada satu persoalan.... dah lama terfikir nk buat entry nie tp ada je yg rasa xkena... sampailah smlm..tiba2 hati jadi sayu..jadi sedih.. kenapa??? bila kita badan besar nie org malu ye nk duk sebelah? malu ye nk duk makan semeja? malu sgt ke dgn kawan bila nmpk makan dgn org yg badan besar nie? 

hah..itu persoalan yang ada dlm kepala otak aku nie... sampai sekarang aku masih tertanya2....

well..kepada sesiapa yang dapat menerima keadaan fizikal seseorg itu dengan hati yang terbuka aku ucapkan terima kasih... biar aku wakili mereka2 untuk ucapkan terima kasih kepada yang masih tertarik dengan wanita yang berbadan besar...yang masih sudi duduk semeja...yang bangga nya memperkenalkan kepada kawan2...yang mempertahankan kisah mereka... yang rela menerima kekurangan...TERIMA KASIH....

Sungguh x semua yang memahami... aku pelik dengan penerimaan sesetengah org... mungkin mereka tidak merasai tp xsalah utk belajar menerima... belajar untuk tidak menunjukkan perbezaan... 

Aku tahu kat luar sana masih ada yang tertarik pada wanita berbadan besar atau lebih manis aku pnggil chubby... aku pernah berpengalaman...sungguh tiada sedikit pn rasa kekurangan...tiada sedikit pn rasa perbezaan... aku masih dipimpin..aku masih dipeluk...tp mungkin sudah ditakdirkan...jodoh pertemuan adalah rahsia Allah SWT... 

Masih mencari lelaki sebegitu...yang sanggup berkata cinta pada yang berbadan besar... yang sanggup berjalan bersama walau ada yang memandang... yang sanggup menunggu saat kehabisan nafas bila menaiki tangga... yang sanggup memberitahu dunia dia cinta hati saya! 

Tapi ada lagi ke?

Kadang-kadang aku xpernah amek pusing dengan kerenah org sekeliling...tp hati kecik nie masih terasa..
walaupun bibir mengukir senyuman..jauh disudut hati senyuman itu pincang.

Masih cuba tersenyum...


Cik Zana - tanpa awk sedar...sebenarnya awk menyakitkan saya  :(


Monday, May 27, 2013

Randomness #2



Kita xdapat memilih dengan sapa kita jatuh hati... kita juga xdapat memilih dengan sapa kita suka.. rindu.. ianya datang dengan sendiri...kadang2 aku pelik... puas diusir rasa itu! tp tetap wujud dan semakin hari rasa nie semakin kuat.. oohhh knp masih x nampak lg betapa bertuah nya pemilik hati itu.... knp masih menidakkan? sedangkan kita masing2 tahu... kenapa?


Cik zana - masih cuba utk bertahan...masih cuba utk menggenggam

Thursday, September 13, 2012

Bibir terkunci ~

Sept 13 2012
1.40 pagi


perlu tetapkan hati..
utamakan yang mana penting
kerja keras
jodoh pertemuan tetap rahsia allah swt


kenapa hati?
masih belum bersedia melepaskan
masih belum serik 
masih lagi sanggup

kami kawan...dan akan tetap jadi kawan 
itu hakikat
itu kebenaran
untuk sahabat yang lain
apa yang terjadi hanya akan menjadi kenangan 
kenangan waktu muda
waktu nakal !

menyesal?
satu pengalaman hidup 
membuka mata
memberi satu pandangan yang berbeza
dan kenangan yang akan dikenang


sanggup melepaskan?
kalau itu yang diperlukan
bukan meminta tapi untuk menjaga
hati kita rapuh

masih lagi mengikut kata hati
masih lagi degil menafikan kata akal
bibir sentiasa menutur kata 
tapi hati masih menafikan
pada siapa perlu sembunyi


tak perlu menunggu
hanya mengikut aliran masa
andai bukan ditakdirkan
hati ini perlu mencari ruang

mungkin bukan dia
mungkin....... 




Cik Zana ~ masih tetap tersenyum...itu kekuatan :)




Saturday, August 4, 2012

Bila wanita meminati lelaki~


Bila hati sudah terpaut..tp yg merasa hanya sebelah pihak... lelaki nie mmg susah nk faham or saje buat2 xfaham??? aku pn confius.. 



1)”Dia Tidak Senang Duduk”
Sesetengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan seterusnya. Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha mampu membuahkan hasil kerana ‘pintu’nya telah terbuka untuk anda. Tapi kadang2 lelaki nie "buta" or lambat btl nk faham sign2 yg perempuan bg..aisshhh...kena byk belajar nie wahai kaum lelaki

2) “Tunjuk Minat”
Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal tidak munasabah, dia masih memberi komen membina. Setiap isu yang anda timbulkan mendapat sokongan daripadanya. Sama ada anda memang pandai berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda. Lebih jelas lagi jika dia memainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali berbicara. Hahahaaa....yg nie lawak yg xlawak pn kadang2 aku gelak..np ekk? oohh hati.. hanya hati yang memahami...


3) “Anda Diperkenalkan Kepada Rakannya”
Bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya: ‘Ini aku punya’, dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda. Jadi pastikan anda turut mengambil hati rakan-rakannya, namun jangan sampai dia cemburu. Yuppsss...dia akan masuk dikalangan kwn2 kita...tp bila kehadiran kita dirahsiakan dari kawan Si Dia... mungkin ada maksud lain...cepatlah sedar wahai hati....

4) “Dia Men’jual’ Dirinya”
Jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung dia ingin membuatkan anda terasa yang dirinya berbaloi untuk dimiliki. Berbaloi ke??? klu hati bkn utk dirimu bagilah berbekas2 mkn yg dimasak sendiri or kek yg dibakar sendiri tetap xde kesan... beri pada yg berhak ye hati...

5) “Bersikap Terbuka”
Biasanya wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang peribadinya. Hanya jika dia betul-betul berminat dan percayakan anda barulah segalanya akan diceritakan. Bila dh selesa...mulut nie ringan je berkongsi cerita2 peribadi...mungkin sbb hati dh suka...


6) “Membayangi Anda”
Bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, tetapi menjadi seperti bayang-bayang anda. Ke mana sahaja anda pergi, pasti dia akan mengikuti anda. Dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan anda walaupun tiada kena mengena dengan dirinya. Suka mengekor mana2 je...bukan control tp mmg suka berjalan.. hati nie pg mana pn okay asalkan ada "driver"

7) “Anda Diajak Ke Tempat Lain…”
Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi bersama anda. Mungkin untuk berkenalan dengan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaanya terhadap anda. Kata-kata manis dan bicara anda bukan lagi soal utama baginya. Anda menjadi pilihan utama sebagai teman lelaki baginya. Yeke??? apa pn alasannya Si Dia telah bertahta di hati.... oohhh hati betul ke pilihan yg dibuat nie???


Cik Zana - beruntung seorang lelaki jika wanita itu benar2 jatuh cinta...kerana seluruh hati wanita itu hanyalah untuk lelaki yg dicintai.....


Thursday, July 26, 2012

Rindu perlu diucapkan ~



6.10pagi
6 ramadan  / 26 july 2012

Saat kawan2 lena..tdo kerana kekenyangan disebab kan sahur kat mamak td..aku masih disini menulis apa yg bibir tidak terucap... AKU RINDU !


Macam mana rasa rindu ye? rindu pada sape? jawapannyer aku masih xpasti...yg aku tahu hati nie rasa pelik je..rasa ada yg xkena...pada sapa rindu nie perlu disampaikan pun aku xpasti..
tapi apa yg aku pasti? adoiiii...toksah tanya byk2 blh x wahai akal.....sekarang nie hati yg merasa... *rindunyer*




Perlu ke rindu itu diucapkan? bagi aku perlu sangat2...sbb kita perlu luahkan apa yg kita rasa..biar yg disana tahu..yg penting rindu itu dh disampaikan..mcm mana penerimaan org disana itu terpulang samaada nk simpan or nk buang jauh2 rindu tue...as long hati kita xperlu tanggung rasa rindu *xtenang kot tdo klu rindu*



Cik Zana - Jangan seksa diri sendiri dengan rindu yg mengunung..bgtau lah pada insan bertuah tue...**errkkk...aku bt ke gitue?**

Tuesday, July 24, 2012

Kepada Sahabat ~


Tak salah utk kita jatuh cinta...tak salah untuk kita sayang seseorang...dan tak salah untuk kita berharap satu hari nanti seseorang itu akan menjadi milik kita, tapi ingat dalam kita mencuba.. cuba untuk memenangi hati seseorang kita mungkin gagal... Dan gagal bukan bermakna kita terpaksa berputus asa tapi melepaskan dia pergi untuk mencari kebahagiaan dia sendiri.. 





Sakit hati? Rindu? Sayang? Cinta? ......satu pengalaman yang mengajar kita untuk jadi lebih kuat andai kita mengatur langkah untuk kembali mencari si jantung hati (pinjam panggilan buah hati Nazaria) 


Dan untuk seorang sahabat...cik fifi... andai dia ditakdirkan untuk awk...dia tetap akan kembali walaupun apa yg terjadi...mungkin bukan sekarang...tp pasti ada... Sentiasa berdoa untuk yang terbaik dan percaya Allah swt ada rancangannya.... dan untuk masa sekarang "enjoy the moment to the fullest".....the memories will be yours :))



Cik Zana - klu dia bkn untuk awk....kurang2 kenangan bersama dia tetap ada....





Thursday, February 9, 2012

Jodoh itu rahsia Allah swt ~


penah ke sehari yg blalu tnpa pkr kan dia?
rasanya jawapan yg tepat xpernah...
msti ada je sbb yg bt aku tpkr
kadang2 rasa nk amek otak nie
nk buang part2 yg ada kena mgena ngan dia

tp berbaloi ke?
rasa itu hanya ada pada aku
dia? ntah2 duk suka hati bergelak tawa....berbaloi ke?
biarlah dia...
nie masa aku ssh..
Allah swt tue masa besar
kita hidup xsentiasa di atas
ada masa dan ketika kita pasti dibawah
dan itu pasti!


dan aku kembali meneruskan idup
bt apa aku perlu coretkan ini?
aku pn xth...huhuu
rasa kat hati nie ada...tp aku dh blh move on
aku dh blh terima knyataan
aku tahu pasti ada "dia" diluar sana



"kita xkan dikahwinkan dgn seseorg kerana jatuh cinta ataupn saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dgn jodoh kita, jodoh yg telah allah swt tetapkan sejak azali"




Moral - Jodoh itu rahsia Allah swt...pasti ada!

Tuesday, February 7, 2012

kembali mencari~


akhirnyer...
aku dpt jwpan yg aku cari selama nie
pahit tp aku kena terima
lebih mudah utk mengubah pendirian sendiri
dari cuba mengubah pendirian org lain

apa yg aku rasa?
hanya yg terdekat saje tau..
utk family aku lebih rela diamkan saje
sgt bharap dorg xkan ungkit lg nama tue
sgt besar kesan yg tinggal
utk mendengar nama je aku rasa bdebar

tp kadang2 angah slalu jugak tsasul
ibu pn ada bertanya..
apa yg aku buat cuma tsenyum pahit
yeee...sgt pahit
and cuba utk tukar topic
biarlah kisah dulu hilang

kenangan yg aku ada akan aku simpan
biarkan terus mjadi kenangan
susah senang waktu tue hanya aku je yg tahu
aku kuatkan hati 
kembali mencari diri yg hilang


aku bangga dgn diri aku
rasa yg ada dlm hati aku kuatkan 
aku mencuba walaupun aku tahu akhirnyer
aku ambil risiko
aku tebalkan muka
aku xpenah tipu dgn apa yg aku rasa
aku perlu pastikan kesudahan nyer
setahun!
cukuplah hanya setahun aku menagih kasih pada yg xsudi
selepas itu aku akan pergi
tp blm pn cukup setahun
aku dh tahu akhirnyer
terima kasih allah swt...
aku sgt bsyukur
sekurang-kurangnyer aku xterlalu bharap


allah swt sgt syg kan aku
dia tunjuk kan jalan yg btl
dia tunjuk kan siapa yg sepatutnyer ada disisi aku
dia buka kan mata aku yg seakan buta
buta dengan rasa yg baru 
rasa yg berbunga2 dlm hati
sungguh aku tewas dgn rasa nie!
sesunguhnyer...ingat lah hati...
hadirnya dia hanya sementara
utk mgajar aku erti hidup

alhamdullillah...
akan aku mulakan hidup baru
biarkan kenangan itu terus mjadi kenangan
dan semoga aku kuat utk meneruskan hari2 seperti biasa


Moral - jgn beri semua hati kita pd yg xsudi...kerana kita perlukan hati itu utk bangun kembali !



Wednesday, October 12, 2011

Hatiku Milikmu


Ini yg aku rasa......



Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati

Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku



Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu



Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu



Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya



Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini



Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu



Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu



Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku



Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu



Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu



Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini




Moral - hanya yg memahami.....kadang2 mulut terkunci utk bersuara


Monday, October 3, 2011

Ungkapkan, lafazkan & katakan cinta


Hanya yang pernah melalui akan faham….
Hanya yang pernah merasa akan mengerti….
Cinta yang datang bukan dipinta….
Jauh sekali dibenci….


Namun kekadang….
Cinta yang datang hanya sekadar ujian….
Hanya peringatan yang maha ESA tentang kasih sayangNYA….
Tak mudah jatuh cinta….
Kerana ia melibatkan hati dan perasaan….
Melibatkan kepercayaan dan kesetiaan….
Melibatkan kebahagiaan dan pengorbanan….




Apatah lagi jika cinta itu datang….
Pada saat kita tak pernah inginkannya….
Pada orang yang tak pernah mahu mengerti….
Pada ketika dia telah dimiliki….
Pada waktu dia sudah tertutup hatinya…..


Lantas….
Pilihan yang sering tidak adil….
Pendamkan saja perasaan itu….
Simpan saja rasa cinta itu….
Bungkus sahaja detik hati itu….




Kerana untuk apa diceriterakan….
Andai dia takkan pernah memahami….
Untuk apa dipuisikan….
Andai dia takkan pernah mengerti….


Namun….
Seringkali hati berkata….
Khabarkanlah pada dunia….
Rasa hati yang sedang berbicara tentang cinta….
Jeritkanlah pada dia….
Perasaan hati yang sedang bergelora….
Kerana mungkin dia akan mengerti….
Mungkin dia akan memahami….
Walaupun takdirnya bukan milik kita….




Lafazkanlah cinta…
Andai benar itu yang tercoret didada….
Ucapkanlah sayang….
Andai benar itu yang terlukis dijiwa….


Kerana….
Walaupun kita mungkin kehilangan dia…..
Selepas kenyataan di depan mata….
Sekurang-kurangnya dia akan tahu….
Kita pernah mencintainya….
Kita pernah menyayanginya….
Dan dia pernah menjadi sebahagian dari hati kita….
Dan kita akan lapang....
Kerana sempat mengungkapkan simfoni jiwa....


Andai dengan melafazkan….
Aku menjadi bahan senda….
Aku rela menjadi boneka….
Andai dengan mengucapkan….
Aku bakal menanggung derita….
Aku rela merana…..
Andai mengungkapkan….
Membuat aku jadi bahan ketawa….
Aku pasti menerimanya dengan rela….




Pada saat kamu telah tetapkan hatimu….
Pada saat kamu telah bersedia….
Pada saat kamu telah bisa menjaga hatimu sendiri….
Pada saat hatimu telah kau curi kembali….
Ungkapkanlah cinta….
Walau bagaimana kesudahannya….




Moral - perlukan keberanian utk bersuara....so belajar utk lafazkan atau kita mungkin hilang yg tersayang


P/s :: copy from iylarahman.blogspot.com~thnks for the lovely word 



Thursday, September 22, 2011

Kosong...


hati nie degil
rasa nie degil
xpenah nk dgr apa kata akal
dan sekali lg aku diberitahu pergi pada yg syg kita 
bukan yg kita syg

Ntah..
and sekali lg hati xpenah nk dgr
telinga nie mcm dh pekak rasanyer
dh selalu sgt dgr kata2 dr setiap mulut yg xmemahami
letak kaki anda di tempat aku
then kita tgk brape lama blh bertahan

pelik...tp benar
dulu aku selalu tgk org mcm nie
dlm hati slalu terpkr
mcm manalah keadaan aku
akhirnyer...aku rasa
wahh...hebat!
dugaan yg sgt hebat
disaat aku xpenah sangka
disaat aku lupa yg aku jugak ada perasaan
selama nie aku rasa kosong
bila org lain bercinta aku bercinta
tp bila pkr balik apa rasa cinta?
ntah...aku pn xth nk jwb

akhirnyer aku tewas
tingginyer tembok yg aku bina roboh sekelip mata
airmata aku mgalir hnya utk lelaki itu
berbaloi ke?
aku xth...
aku xpenah menangis bila ejam wat perangai
aku xpenah menangis bila ejam ada perempuan lain
aku xde rasa kehilangan bila ejam pergi
bila ibu ckp apa2 pasal ejam...aku xde perasaan pn
tp bila lelaki itu...
klu lah dia dpt faham

aku cuba elak
aku cuba utk berdiam diri
tp aku tau.....hati nie xpenah kuat
skrang masa utk melatih hati
melatih diri
melatih jari
melatih mata
perlu menahan segala rasa
masanyer makin dekat
dan aku perlu kuat!




Moral - learn to let go...and move on



Friday, July 29, 2011

Tak suka !


xsuka..xsuka
xsuka..xsuka..xsuka
xsuka rasa nie!

klu lah aku boleh btukar jadi batu
kan bgs...aku sanggup jd batu
asalkan xpyh ada rasa mcm nie

aku xpandai nk handle
ini 1st time utk aku...
nk wat camne pn xth..
rasa serba salah
ptt ke x
boleh ke tidak
perlu ke
itu sume soalan yg ada dlm kepala otak nie

nk lari jauh2..
tp blm ada kekuatan utk itu
nk lari dr keadaan nie
sakit tau x!
ok..mmg xth kan
sbb korang xrasa 

**akan cuba bertahan...selagi boleh bertahan
tp bila hati dh kata cukup..
then cukup lah..
bukan bererti berputus asa...
tp cuba memberi peluang pada hati utk bahagia


Moral - masih menunggu kata hati  

p/s::hati....cepat lah berkata2...



Wednesday, June 22, 2011

Susahnyer.....

   
susahnyer apa yg aku rasa skrang
klu diberi peluang utk pilih..
aku xnk rasa neh ada pada aku
tp Allah swt tue maha besar
Dia tahu apa yg terbaik utk aku
nk x nk kena terima
tp...susah......!


aku xth nk watpe dgn rasa nie...
xth nk layan camne
xth nk ckp camne
xth nk rasa camne
xth nk bg tindak balas camne
xth...xth...xth...
xreti lah gini...
sume bercampur2
waaa....aku nk nanges....


klu boleh share ngan ibu kan best..
walaupn kdg2 ibu pnyer idea tue agak advance
tp nk share ngan ibu...
boleh ke??
well...aku dh tau apa jwpan ibu...
sure extreme gile....
persoalan nyer aku sanggup ke??


tp ati xnk melepas..
perlu ke aku lepas kan?
masa ada lg...
hati pn masih ada rasa..
aku xnk tipu diri sendiri
aku nk...!


sejauh mana aku nk hnya org yg dekat ngan aku je th
tp yg pasti aku takut dgn apa yg aku rasa
btl ke apa yg aku rasa??
ati aku neh xmain2 ke??


tp bila kita suka org
kita akan msg..
tp bila kita msg...apa org tue rasa ye?
kita akan call...
org tue xrimas ke? ptt ke kita call? dia suka ke?
kita akan rasa semacam..
ptt ke rasa semacam tue ada pd kita? 
kita suka...tp org tue?
so kadang2 aku diam je
biarlah...
klu btl utk aku...dia ttp ada
aku dh usaha...
aku dh cuba...



aku dh cuba...



Moral - cuba lg???



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...