Showing posts with label hidup. Show all posts
Showing posts with label hidup. Show all posts

Saturday, August 4, 2012

Bila wanita meminati lelaki~


Bila hati sudah terpaut..tp yg merasa hanya sebelah pihak... lelaki nie mmg susah nk faham or saje buat2 xfaham??? aku pn confius.. 



1)”Dia Tidak Senang Duduk”
Sesetengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan seterusnya. Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha mampu membuahkan hasil kerana ‘pintu’nya telah terbuka untuk anda. Tapi kadang2 lelaki nie "buta" or lambat btl nk faham sign2 yg perempuan bg..aisshhh...kena byk belajar nie wahai kaum lelaki

2) “Tunjuk Minat”
Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal tidak munasabah, dia masih memberi komen membina. Setiap isu yang anda timbulkan mendapat sokongan daripadanya. Sama ada anda memang pandai berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda. Lebih jelas lagi jika dia memainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali berbicara. Hahahaaa....yg nie lawak yg xlawak pn kadang2 aku gelak..np ekk? oohh hati.. hanya hati yang memahami...


3) “Anda Diperkenalkan Kepada Rakannya”
Bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya: ‘Ini aku punya’, dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda. Jadi pastikan anda turut mengambil hati rakan-rakannya, namun jangan sampai dia cemburu. Yuppsss...dia akan masuk dikalangan kwn2 kita...tp bila kehadiran kita dirahsiakan dari kawan Si Dia... mungkin ada maksud lain...cepatlah sedar wahai hati....

4) “Dia Men’jual’ Dirinya”
Jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung dia ingin membuatkan anda terasa yang dirinya berbaloi untuk dimiliki. Berbaloi ke??? klu hati bkn utk dirimu bagilah berbekas2 mkn yg dimasak sendiri or kek yg dibakar sendiri tetap xde kesan... beri pada yg berhak ye hati...

5) “Bersikap Terbuka”
Biasanya wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang peribadinya. Hanya jika dia betul-betul berminat dan percayakan anda barulah segalanya akan diceritakan. Bila dh selesa...mulut nie ringan je berkongsi cerita2 peribadi...mungkin sbb hati dh suka...


6) “Membayangi Anda”
Bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, tetapi menjadi seperti bayang-bayang anda. Ke mana sahaja anda pergi, pasti dia akan mengikuti anda. Dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan anda walaupun tiada kena mengena dengan dirinya. Suka mengekor mana2 je...bukan control tp mmg suka berjalan.. hati nie pg mana pn okay asalkan ada "driver"

7) “Anda Diajak Ke Tempat Lain…”
Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi bersama anda. Mungkin untuk berkenalan dengan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaanya terhadap anda. Kata-kata manis dan bicara anda bukan lagi soal utama baginya. Anda menjadi pilihan utama sebagai teman lelaki baginya. Yeke??? apa pn alasannya Si Dia telah bertahta di hati.... oohhh hati betul ke pilihan yg dibuat nie???


Cik Zana - beruntung seorang lelaki jika wanita itu benar2 jatuh cinta...kerana seluruh hati wanita itu hanyalah untuk lelaki yg dicintai.....


Thursday, February 9, 2012

Jodoh itu rahsia Allah swt ~


penah ke sehari yg blalu tnpa pkr kan dia?
rasanya jawapan yg tepat xpernah...
msti ada je sbb yg bt aku tpkr
kadang2 rasa nk amek otak nie
nk buang part2 yg ada kena mgena ngan dia

tp berbaloi ke?
rasa itu hanya ada pada aku
dia? ntah2 duk suka hati bergelak tawa....berbaloi ke?
biarlah dia...
nie masa aku ssh..
Allah swt tue masa besar
kita hidup xsentiasa di atas
ada masa dan ketika kita pasti dibawah
dan itu pasti!


dan aku kembali meneruskan idup
bt apa aku perlu coretkan ini?
aku pn xth...huhuu
rasa kat hati nie ada...tp aku dh blh move on
aku dh blh terima knyataan
aku tahu pasti ada "dia" diluar sana



"kita xkan dikahwinkan dgn seseorg kerana jatuh cinta ataupn saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dgn jodoh kita, jodoh yg telah allah swt tetapkan sejak azali"




Moral - Jodoh itu rahsia Allah swt...pasti ada!

Tuesday, February 7, 2012

kembali mencari~


akhirnyer...
aku dpt jwpan yg aku cari selama nie
pahit tp aku kena terima
lebih mudah utk mengubah pendirian sendiri
dari cuba mengubah pendirian org lain

apa yg aku rasa?
hanya yg terdekat saje tau..
utk family aku lebih rela diamkan saje
sgt bharap dorg xkan ungkit lg nama tue
sgt besar kesan yg tinggal
utk mendengar nama je aku rasa bdebar

tp kadang2 angah slalu jugak tsasul
ibu pn ada bertanya..
apa yg aku buat cuma tsenyum pahit
yeee...sgt pahit
and cuba utk tukar topic
biarlah kisah dulu hilang

kenangan yg aku ada akan aku simpan
biarkan terus mjadi kenangan
susah senang waktu tue hanya aku je yg tahu
aku kuatkan hati 
kembali mencari diri yg hilang


aku bangga dgn diri aku
rasa yg ada dlm hati aku kuatkan 
aku mencuba walaupun aku tahu akhirnyer
aku ambil risiko
aku tebalkan muka
aku xpenah tipu dgn apa yg aku rasa
aku perlu pastikan kesudahan nyer
setahun!
cukuplah hanya setahun aku menagih kasih pada yg xsudi
selepas itu aku akan pergi
tp blm pn cukup setahun
aku dh tahu akhirnyer
terima kasih allah swt...
aku sgt bsyukur
sekurang-kurangnyer aku xterlalu bharap


allah swt sgt syg kan aku
dia tunjuk kan jalan yg btl
dia tunjuk kan siapa yg sepatutnyer ada disisi aku
dia buka kan mata aku yg seakan buta
buta dengan rasa yg baru 
rasa yg berbunga2 dlm hati
sungguh aku tewas dgn rasa nie!
sesunguhnyer...ingat lah hati...
hadirnya dia hanya sementara
utk mgajar aku erti hidup

alhamdullillah...
akan aku mulakan hidup baru
biarkan kenangan itu terus mjadi kenangan
dan semoga aku kuat utk meneruskan hari2 seperti biasa


Moral - jgn beri semua hati kita pd yg xsudi...kerana kita perlukan hati itu utk bangun kembali !



Friday, October 14, 2011

Untuk dia...


Untuk dia...
kita penah kecewa dlm hidup
tp itu bukan alasan utk tidak mcuba dan belajar menerima...



Moral - Perlu kekuatan utk bgn....tp aku xpenah biarkan diri meratapi kekecewaan 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...